Sesi pendaftaran telah dijalankan di Dewan Seri Bestari pada jam 2.30 petang. Ia merangkumi pendaftaran kelas, asrama dan pembelian barang-barang keperluan di kedai koperasi sekolah.
Jan
06
PENDAFTARAN PELAJAR SESI 2011
Nov
22
Semoga Berjaya Buat Calon SPM & STPM 2010
Semoga berjaya dan selamat maju jaya diucapkan kepada calon – calon SPM dan STPM SMAP Labu 2010 pada 23 November 2010 sehingga 16 Disember 2010. Pihak sekolah sentiasa mendoakan kejayaan anda semua serta diharapkan calon-calon SPM dan STPM pada tahun ini dapat meraih keputusan yang lebih membanggakan berbanding tahun – tahun lalu. InsyaAllah.
Sep
08
Majlis Pelancaran Sambutan Kemerdekaan 2010
Majlis pelancaran sambutan kemerdekaan telah diadakan baru-baru ini. Majlis ini dimulakan dengan perarakan bendera Jalur Gemilang, seterusnya menaikkan bendera oleh Puan Pengetua, Puan Hjh. Radziah Abdul Samad . Antara aktiviti menarik yang telah diadakan ialah pertandingan dikir barat, pertandingan koir, melukis poster, memasak kek, melukis carta geografi di mana kesemuanya bertemakan ’1 Malaysia Menjana Transformasi’.



